Monday 14 November 2011

BAB 11 : SABAH

(1)          Latar belakang sejarah Sabah
1.            Gelaran negeri di Bawah Bayu
2.            Nama Sabah berasal drp perkataan ‘saba’ -sejenis pisang yang dipanggil pisang saba.
3.            orang Bajau memanggilnya pisang jaba.
4.            Masyarakat pantai barat Sabah menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.
(2)          Sabah dgn kesultanan Brunei dan Sulu
1.            Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja atau organisasi sebuah negeri
2.            Dibahagikan kepada tiga :
i.              sistem politik kesukuan
ii.             sistem politik kesultanan
iii.            sistem politik ketua bebas.
3.            Sistem politik kesukuan terdapat di daerah pedalaman -didiami  Kadazandusun, Murut dan Orang Sungei.
4.            Mereka hidup dalam kelompok kecil dan dipisahkan daripada kumpulan lain oleh bentuk muka bumi seperti banjaran gunung, bukit-bukau dan sungai
 5. Sistem politik diamalkan di pedalaman walaupun Sabah diperintah oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
6.            Sistem politik kesultanan diamalkan di persisiran pantai barat dan timur Sabah yang ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
7.            Abad17, Sabah diikuasai Kesultanan Brunei.
8.            Kesultanan Brunei – ada masalah perebutan kuasa
9.            Sultan Muyiddin serahkan kawasan timur laut Brunei kepada sultan Sulu kerana pertolongannya menewaskan musuh.
10.          Sabah dibahagikan kepada dua kesultanan :
i.              Kesultanan Brunei
ii.             Kesultanan Sulu.
(2)          Masyarakat Sabah
1.            Kadazandusun, Bajau, Melayu-Brunei,  Murut,  Suluk,  Orang Sungei,  Kedayan dan Bisaya.
a)            Persisiran pantai.
1.            Orang Melayu-Brunei di kawasan pantai barat Papar,  Kimanis,  Sipitang.
2.            Orang Bajau di pantai barat dan pantai timur spt Kota Belud, Papar, Semporna, Tuaran.
3.            Orang Suluk di pantai timur spt Semporna, Lahad Datu, Tawau,  Kudat.
b)            Lembah pantai
1.            Kadazandusun di pantai barat dan pedalaman spt Penampang, Tambunan, Ranau, Papar, Kudat.
c)            Pedalaman
1.            Murut di Tenom, Persiangan,  Keningau dan Rundum.
(3)          Kegiatan sosiobudaya
a)            Pendidikan
1.            Pendidikan tidak formal dipelajari oleh kanak melalui keluarga atau masyarakat.
2.            Mempelajari kemahiran – cara memancing,  memanjat, berburu, bertukang,
3.            Pendidikan formal amat terhad
4.            Pendidikan berkaitan agama Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi di surau, pondok dan di rumah guru agama.
b)            Peraturan dan adat resam.
1.            Undang adat  penting dalam kehidupan
2.            Amalan undang adat seperti babas, sogit, dan kepanasan dijalankan oleh ketua adat. Bertujuan eratkan hubungan masyarakat.
3.            Kadazandusun percaya jika tidak mematuhinya maka malapetaka seperti wabak penyakit, bencana alam serta kerosakan tanaman  akan berlaku.
4.            Undang adat dijalankan dalam amalan pertanian, perkahwinan dan kematian.
5.            Dalam adat pertanian – amalan monogit iaitu upacara memuja semangat padi semasa menanam dan menuai padi.
6.            Selepas musim menuai, perayaan penting orang Kadazandusun ialah Pesta Menuai.:
i.              pesta menuai setiap tahun 30 dan 31 Mei
ii.             petani akan datang beramai-ramai.
iii.            menjual hasil tanaman mereka di tempat perayaan atau Tamu Besar.
iv.           tarian Sumazau dipersembahkan
v.            Penari-penari  memakai baju hitam yang bersulamkan benang emas
7.            Dalam adat perkahwinan kaum Bajau :
i.              perkahwinan pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah kerana cahaya bulan terang.
ii.             Cahaya bulan yang terang menandakan pengantin akan dimurahkan rezeki.
iii.            Upacara perkahwinan – Rabu dan Ahad.
iv.           acara maglamilami (beramai-ramai) iaitu menjamu selera & menyaksikan hiburan.
8.            Dalam adat kematian orang Murut :
i.              saudara-mara kaum Murut memukul tiang rumah apabila berlaku kematian
ii.             Mayat dibersihkan dan dipakaikan pakaian sebelum dikebumikan.
iii.            Mayat dikebumikan dalam posisi duduk.
iv.           Mayat dibakar dalam tembikar
v.            disimpan dalam rumah selama tujuh hari.
c)            Agama dan kepercayaan.
1.            Pada awalnya masyarakat mengamalkan pagan dan  kepercayaan animisme.
2.            Kedatangan agama Islam membawa nilai-Islam  kepada Bajau dan Melayu-Brunei.
3.            Keadaan tersebut menwujudkan kumpulan etnik yang beragama Islam dan pagan.
4.            Kumpulan etnik tersebut mewujudkan sistem ketua di sesebuah kampung atau orang tua di rumah panjang.
5.            Bagi etnik beragama Islam, ketuanya berperanan menguatkuasakan hukum agama Islam.
6.            Orang Tua menguatkuasakan undang adat di kalangan etnik bukan beragama Islam.
Agama dan kepercayaan  Kadazandusun;
1.            Mengamalkan kepercayaan animisme.
2.            Sebilangan kecil memeluk agama Islam.
3.            Tuhan Kinorohingan bersemayam di dunia lain.
4.            Percaya setiap orang yang mati rohnya akan pergi ke Gunung Kinabalu
5.            Apabila tiba masanya roh itu akan pergi lebih jauh lagi sama ada ke syurga atau neraka.
6.            Setiap tahun, mengadakan upacara Magavau selepas menuai padi. Upacara untuk menghormati semangat padi.
7.            Pesta Keamatan – tanda kesyukuran kepada Kinorohingan yang memberi hasil padi
8.            Upacara semasa Pesta Keamatan ialah pertandingan Ratu Cantik (Unduk Ngadau).
9.            Ratu Cantik  melambangkan Huminodun yang telah dikorbankan menjadi padi.
10.          Bomoh untuk membuang kepanasan  dipanggil Bobohizan.
Agama dan kepercayaan kaum Murut
1.            mempercayai animisme
2.            Gunung Antulai atau Gunung Aru (Gunung Hantu) dianggap sebagai tempat suci.
3.            Percayai Aki Kopuno – kuasa yang mencipta segala-galanya.
4.            Bomoh mereka yang berhubung dengan kuasa ghaib dipanggil Babalian.
d)            Kesenian
1.            Tarian Sumazau oleh etnik Kadazandusun :
i.              ditarikan ketika pesta menuai, musim perayaan
ii.             disertakan pertandingan unduk ngadau atau ratu cantik.
2.            Tarian Magunatip oleh etnik Murut :
i.              semasa majlis Hari Magavau iaitu memuja semangat padi.
ii.             diiringi pukulan gong oleh sepasang penari yang terdiri lelaki dan wanita yang berpakaian tradisi.
iii.            Dua orang melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya.
3.            Tarian Mangalang oleh etnik Murut
i.              ketika menyambut tetamu dari jauh, berpindah rumah dan hari Monggotom (Hari Pesta Menuai Padi).
4.            Tarian Limbai oleh etnik Bajau.
5.            Alat muzik bumiputera diperbuat daripada buluh. Contoh alat muzik bas,  sompoton, gabang, suling,  kulintangan, salun
6.            Pembinaan rumah panjang :
i.              tempat tinggal orang Murut dan Rungus.
ii.             dibuat daripada hasil hutan seperti buluh,
iii.            Hidup dalam sebuah keluarga yang besar.
iv.           Ketua penghubung  pemerintah – rakyat.
7.            Mahir membuat barangan kraftangan
(4)          Kegiatan ekonomi
a)            Sara diri
1.            Pertanian, pungut hasil hutan, pungut hasil laut dan tangkap ikan.
2.            Pertanian kekal dan pertanian pindah.
3.            Pertanian pindah – tanaman padi huma di kaki bukit, petani berpindah selepas dua atau tiga tahun utk mencari tempat baru.
4.            Pertanian kekal spt padi sawah – tertumpu di kalangan Kadazandusun di lembah pantai barat seperti di Penampang, Papar, Tuaran
5,            Orang Murut memungut hasil hutan
6.            Melayu-Brunei, Suluk &Bajau -pungut hasil laut
7.            Orang Bajau – penyelam & kutip hasil laut
8.            Tangkap ikan- penduduk di persisiran pantai
9.            Orang Bajau – nelayan.
10           Gua Gomantong di Sandakan – pengeluar sarang burung utk dieksport ke China.
11           Sarang burung berwarna putih dan sarang burung berwarna coklat. Sarang burung berwarna putih lebih berkhasiat.
13           Untuk dapatkan sarang burung, pemungut guna tangga atau panjat dinding yg tinggi dgn menggunakan buluh.
b)            Perdagangan
1.            Bertukar barang/ berjual beli di Pasar Tamu.
2.            Berkumpul menjual hasil keluaran mereka.
3.            Orang Bajau, Melayu-Brunei dan Suluk perdagangkan hasil laut dan beras.
4.            Kadazandusun & Murut  perdagangkan hasil hutan.
5.            Perdagangan  secara tukar barang.
6.            Barangan ditukar – damar, getah perca, bahan getah, lilin lebah, rotan, sumbu badak, manik, dan barang-barang makanan.
7.            Pasar Tamu eratkan hubungan antara etnik dan wujudkan semangat muhibah
Ahli kumpulan :
a) Brenda Song
b) Stephenie Goh
c) Elvareina Peter
d) Chee Wen Chin
e) Jenny Chung
f) Lee Rou Shen

Saturday 6 August 2011

Malacca history


Ahli kumpulan

  1. Brenda 
  2. Chee wen chin
  3. Stephenie goh
  4. Elvareina
  5. Jenny chung
  6. Lee Rou shen

Bab 8 :Kerajaan Negeri-negeri Melayu

A. KERAJAAN MELAYU TUA
  • KERAJAAN YANG WUJUD SEBELUM ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA SEPERTI KEDAH, PAHANG DAN PERAK

KEDAH
1. Asal usul nama Kedah :
  • Orang Cina panggil Kedah – Cheh-Cha.
  • Pedagang India – Kedah sebagai Kataha, Kalagam atau Kadaram
  • Pedagang Arab – Kedah sebagai Kalah atau Kalah Bar.
  • Orang Siam – daratan Kedah sebagai Sai.
2. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa,
  • Kedah wujud pada abad ke-7.
  • Raja Kedah pertama – Merong Mahawangsa memeluk Islam
  • guna nama Sultan Muzaffar Shah.
3.  Menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
  • Maharaja Derba Raja memeluk Islam
  • Guna nama Sultan Muzaffar Shah.
4. Sultan Muzaffar Shah bahagi Kedah kepada tiga pusat pentadbiran :
  • Kota Palas
  • Langkawi
  • Kota Ulu.
5.  Kota Setar jadi pusat pentadbiran yang baru
6.  Perlis pada asalnya ialah wilayah Kedah.
  • Mewujudkan pemerintahan sendiri
  • Raja Perlis 1- Sultan Husain Jamalulail.
7  Kedudukan Kedah strategik menarik minat pedagang dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka, China dan Barat.
8.  Kedah hadapi cabaran kuasa luar.
9.  Kedah bersahabat dengan Siam.
10.  Kedah hantar bunga emas ke Siam
11.  Apabila Kedah diserang Acheh, sultan Kedah berundur ke Perlis dan meminta bantuan Siam.
12. Apabila kerajaan Siam di Ayuthia ditawan Burma, Kedah menjalin persahabatan dgn Burma.
13.  Pada kurun ke-18, politik Kedah tidak stabil.
14.  Kedah diancam oleh Siam
15. Berlaku perebutan takhta
16.  Kedah minta bantuan Inggeris bagi menghadapi ancaman Siam.
17.  Hubungan baik Inggeris dan Kedah menyebabkan Siam menyerang Kedah.
18.  Sultan Kedah, pembesar dan pengikutnya berundur ke Pulau Pinang.
19.  Kedah menyerang balas Siam di Kedah dan memerdekakan Kedah.
20.  Hubungan Kedah dan Siam mula berbaik.
21. Kedah terkenal sebuah pelabuhan entreport.
22. Kedah amalkan Undang-undang Laut Melaka
23.  Pengenalan sistem sukat dan mata wang memudahkan perdagangan.
25.  Permuafakatan dengan negara jiran meningkatkan kemajuan dan kemakmuran Negara.

PERAK
1.  Asal-usul nama :
  • Nama Perak dikaitkan dgn logam perak.
  • Sejarah Perak tulisan A. Halim Nasir - nama Perak sempena nama Sg Perak di Chegar Galah yg terdapat ikan berwarna putih spt perak.
2.  Menurut sejarah Melayu dan Salasilah Perak :
  • Kesultanan Perak diasaskan
  • Tun Saban hadap Sultan Mahmud Shah - memohon putera baginda dirajakan di Perak.
  • Raja Muzaffar putera Sultan Mahmud Shah dihantar ke Perak berserta alat kebesaran negeri iaitu Cura Si Manjakini.
  • Raja Muzaffar ditabalkan sebagai sultan Perak pertama – Sultan Muzaffar Shah.
  • Pusat pemerintahan di Tanah Abang.
3.  Perak terkenal dgn perdagangan bijih timah sejak zaman kerajaan Beruas dan Manjung.
4.  Kekayaan bijih timah menyebabkan kuasa luar ingin menguasai Perak
5.  Acheh menawan Perak dan jadikannya negeri naungan.
6  Belanda kepung Perak dan memaksa sultan Perak menandatangani perjanjian dengan VOC.
7.  Perak bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda dalam perjanjian ini.
8.  Perjanjian antara Sultan Iskandar Zulkarnain dengan Thomas Acheppers.
9.  Ketika Sultan Mansor Shah di Melaka, Bendahara Megat Terawis tentukan sempadan Siam dan Perak.
10.  Penentuan sempadan memudahkan pembesar Perak memungut cukai.
11  Cukai daripada lombong bijih timah di Klian Intan (diusahakan oleh orang Reman dari Siam) menjadikan negeri Perak kaya.
12.  Siam menyerang Perak beberapa kali.
13.  Perak tewas.
14.  Perak hantar bunga emas setiap tahun kpd Siam.
15.  Perak membenarkan orang Siam membeli bijih timah dengan tidak membayar cukai.
16.  Tindakan Siam tidak terhasil apabila British melibatkan diri melalui Perjanjian Low di Perak.
17.  Harus berbangga dengan kekayaan hasil bumi negeri Perak.
18.  Bersyukur kerana dikurniakan negara yang mempunyai semulajadi yang digunakan untuk kesejahteraan rakyat.

PAHANG
1.  Asal usul nama :
  • Menurut rekod China, orang Cina mengenali Pahang sebagai Phang atau Pahangh.
  • Penulis China iaitu Chao Ju-Kua mencatatkan Pahang sebagai Pong Fong yang dikatakan bernaung di bawah Palembang.
  • Orang Arab mengenali Pahang sebagai Fahan.
  • Menurut cerita tradisi Melayu, nama Pahang diambil sempena nama pokok Mahang yang tumbang merentasi Sungai Pahang di Kampung Kembahang.
  • Menurut buku sejarah Melayu, Pahang dikenali sebagai Pura.
2.  Ketika Melaka diperintah oleh Sultan Mansor Shah, baginda menabalkan putera baginda iaitu Sultan Muhammad Shah menjadi sultan Pahang.
3.  Bermulanya sultan Pahang berketurunan kesultanan Melaka.
4.  Tahun 1641 hingga 1673, Pahang diperintah oleh Yamtuan Muda Johor iaitu Raja Bajau. Ini menandakan berakhirnya keturunan sultan Melaka memerintah Pahang.
5.  Berlakunya perpecahan kerajaan Johor, – Pahang diletakkan di bawah penguasaan Bendahara Johor.
6.  Bendahara Wan Ahmad merampas kuasa daripada Bendahara Tun Mutahri.
7.  Bendahara Wan Ahmad menjadi sultan Pahang – gelaran Sultan Ahmad al-Muadzam Shah.
8.  Menurut catatan Portugis dan China, Pahang menghasilkan beras, bijih timah dan hasil hutan.

KERAJAAN MELAYU BARU
- kerajaan yang wujud selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.

KELANTAN
1.  Asal usul nama
  • Sejarawan China – Shen-Yau dari Dinasti Tang mencatatkan nama Kelantan sebagai Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan.
  • Menurut Gerini, nama Kelantan berasal dari gabungan perkataan ‘kolam’ bermaksud tanah dan perkataan ‘autam’ bermaksud sempadan. Gabungan perkataan itu menjadi Kolantam yang akhirnya menjadi Kelantan.
2.  Kelantan pada asalnya diperintah oleh beberapa orang raja di daerah berasingan.
3.  Apabila Long Yunus menjadi Raja Kelantan, masyarakat Kelantan bersatu.
4.  Raja Long Yunus pindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu.
5.  Kelantan hadapi pertikaian dgn sultan Terengganu
6.  Terengganu menyerang Kelantan.
7.  Terengganu dapat bantuan daripada tentera Patani.
8.  Selepas kemangkatan Long Yunus, – digantikan puteranya Long Muhammad.
9.  Long Muhammad menyerang balas dari Ulu Kelantan
10.  Berjaya membebaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu.
11.  Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad I.
12.  Bagi mengelakkan serangan luar , Sultan Muhammad I menjalin hubungan dengan Siam.
13  Kelantan hantar bunga emas kepada Siam setiap tiga tahun sekali dan Siam membalasnya dengan memberi hadiah yang berharga.
14.  Kesannya Terengganu tidak lagi bermusuh dengan Kelantan.
15.  Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan perdagangan ant Timur dan Barat.
16.  Kuala Sg Kelantan menjadi tempat persinggahan pedagang sebelum ke Teluk Siam, Kemboja dan China.
17.  Kelantan mengeluarkan wang emas yang dinamakan dinar dan wang pitis.
18  Negeri Kelantan dikenali ‘Negeri Cik Siti Wan Kembang’.
19.  Perpecahan semasa sendiri akan memudahkan campur tangan kuasa luar.
20.  Perpaduan benteng utama mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa luar.

TERENGGANU
1. Asal-usul nama :
  • Menurut Sultan Umar – nama Terengganu berasal dari perkataan taring anu, anu merujuk kepada sebutan sebagai harimau.
  • Menurut catatan Cina, Wang Ta Yuan nama Terengganu disebut sebagai Tong Ya Nong dan Teng Ya Nung.
2.  Kerajaan Terengganu muncul apabila Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja daripada keluarga Bendahara Pahang dilantik menjadi raja Terengganu
3.  Baginda bergelar Sultan Zainal Abidin I.
4.  Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman (sultan Johor) kerana hubungan persaudaraan dengan sultan Johor.
5.  Zaman kegemilangan Terengganu – semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah I (sultan Terengganu ke-2).
6.  Terengganu menjadi pelabuhan pedalaman terpenting di kepulauan Melayu.
7.  Sultan Mansur Shah I melibatkan diri dalam perdagangan.
8.  Baginda turut melantik wakil-wakilnya menjaga urusan perdagangan.
9.  Barang dagangan ialah lada hitam, emas dan bijih timah.
10.  Terengganu jalin hubungan dengan Siam
11.  Hubungan berterusan apabila Siam meminta bantuan Terengganu menyerang Raja Ligor.
12.  Ia dipersetujui oleh Sultan Mansor Shah I.
13.  Sultan Mansor Shah I hantar bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan.
14.  Siam anggap Terengganu mengakui ketuanan Siam.
15.  Sultan Omar – raja yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam
16.  Terengganu – negeri terawal yang menerima agama Islam.
17.  Abad ke-13, tembaga purba bertulisan ayat al-Quran ditemui di Terengganu.
18.  Prasasti Terengganu bertarikh 702 Hijrah atau 1303 masihi menyebut tentang sepuluh darma atau undang-undang khususnya hukum jenayah Islam ditemui.
19.  Pengurusan cemerlang berkait rapat dengan ketegasan dalam menegakkan kedaulatan negara.

SELANGOR
1.  Asal usul nama – sempena nama Sungai Selangor.
2.  Pada awalnya, pemerintahan berasaskan kampung-kampung kecil yang berajakan kerajaan Melayu Melaka.
3.  Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, daerah wujud di Selangor seperti Jeram, Klang, Langat dan Selangor (Kuala Selangor).
4.  Daerah daerah ini terletak di bawah jajahan kerajaan Melaka.
5.  Ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka, Tun Perak dilantik sebagai penghulu Klang.
6.  Kurun ke-17, orang Bugis mendiami kawasan di Klang dan Kuala Selangor.
7.  Klang pada masa itu di bawah kuasa Orang Besar Klang yang bergelar To’ Engku Klang (berasal daripada keturunan sultan Johor yang berketurunan Bendahara.)
8.  Orang Besar Klang hadiahkan cap mohor kepada Yamtuan Selangor untuk mentadbir kawasan Sungai Selangor.
9.  Kurun ke-18, kedudukan Bugis kukuh apabila Raja Lumu ditabalkan oleh Sultan Mahmud (sultan Perak) menjadi sultan Selangor bergelar Sultan Salehuddin Shah.
10.  Masa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah (pengganti Sultan Salehuddin Shah), Selangor menjadi pengeluar bijih timah.
11.  Belanda ingin menakluki Selangor
12.  Belanda menyerang Sultan Ibrahim Shah di Kuala Selangor
13.  Sultan Ibrahim Shah berundur ke Hulu Langat, Bernam dan Pahang.
14.  Dengan bantuan Pahang, Sultan Ibrahim mendapatkan semula Kuala Selangor.
15.  Belanda mengepung Kuala Selangor.
16.  Sultan Ibrahim meminta bantuan Perak
17.  Perak menandatangani perjanjian kerjasama antara Selangor dan Perak.
18  Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah, Sultan Muhammad Shah menjadi sultan.
19.  Iktibar dari sejarah negeri Selangor – setiap usaha yang dilakukan secara gigih pasti mencapai kejayaan.
20. Permuafakatan dan perundingan perlu diamalkan bagi mencapai matlamat.

NEGERI SEMBILAN
1. Asal-usul nama :
  • Negeri Sembilan terdiri daripada 9 buah daerah atau luak
2. Daerah tersebut ialah :
  • Sungai Ujong
  • Rembau
  • Jelebu
  • Johol
  • Ulu Muar
  • Inas
  • Gunung Pasir
  • Terachi
  • Jempul.
3.  Kemajuan Melaka menarik minat orang Minangkabau ke Tanah Melayu.
4.  Mereka menetap di Naning, Sungai Ujong dan Rembau.
5.  Mereka menunjukkan taat setia mereka kepada sultan Melaka kerana sultan Melaka berasal dari Melayu-Jambi.
6.  Sebelum kedatangan orang Minangkabau, telah wujud empat daerah kepunyaan penduduk asli iaitu :
  • Sungai Ujong,
  • Klang,
  • Jelebu
  • Johol.
7.  Keempat-empat daerah adalah dibawah penguasaan kerajaan Melaka.
8.  Selepas kejatuhan Melaka, Bugis mendirikan kesultanan Bugis di Selangor.
9.  Peristiwa ini menyebabkan suasana tidak aman berlaku di Negeri Sembilan.
10.  Keadaan mendorong penghulu-penghulu di Negeri Sembilan memohon kepada sultan Johor seorang putera raja untuk mentadbir negeri mereka.
11.  Johor memberi kuasa kepada penghulu-penghulu tersebut mendapatkan anak raja dari Pagar Ruyong iaitu Raja Melewar.
12.  Raja Melewar ke Siak dan Johor untuk meminta izin memerintah Negeri Sembilan.
13.  Raja Melewar ditabalkan sebagai Yamtuan.
14.  Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong berakhir selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar
15.  Negeri Sembilan adalah pengeluar bijih timah, beras dan hasil hutan.
16.  Keamanan sesebuah negeri dapat dicapai apabila keputusan dibuat secara muafakat.

RUMUSAN
1. Pembentukan kerajaan Melayu memberi iktibar bahawa proses pembinaan sesebuah negara bukanlah proses yang mudah.
2. Pengorbanan, perjuangan, semangat jati diri dan kegigihan penting untuk negara.
Kumpulan :
  1. Brenda Song
  2. Chee Wen Chin
  3. Stephenie Goh
  4. Elvareina Peter
  5. Jenny Chung
  6. Lee Rou Shen