Wednesday, 13 April 2011

BAB 1: SEJARAH DAN KITA

PENGERTIAN SEJARAH
~ Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok. Syajaratun juga bermaksud salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul.

PENDAPAT SEJARAWAN


                                                        Ibn Khaldun


Herodotus




                                                     Muhd.Yusof Ibrahim




CIRI-CIRI SEJARAH



FAKTA YANG TEPAT DAN BENAR 


  • Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih
  • Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah
  • Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.


PENTING DAN BERMAKNA

  • Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah
  • Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat masyarakat dan negara
  • Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya
  • Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang
  • Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga mengandungi maklumat penting tentang perkahwinan seseorang Majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Pekerja adalah untuk menghargai guru dan pekerja
SEBAB DAN AKIBAT 
  • Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau sebab dan akibat Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
  • apa
  • siapa
  • bila
  • di mana
  • mengapa
  • bagaimana peristiwa itu berlaku

SUMBER SEJARAH

PENGENALAN SUMBER SEJARAH
  • Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah.
  • Sumber sejarah memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa 

SUMBER PERTAMA ( SUMBER PRIMER )


  • FOSIL :- Tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman langkau.
  • ARTIFAK :- Bahan tinggalan manusia seperti pinggan, mangkok dan senjata.
  • MANUSKRIP :- Naskah tulisan tangan atau bahan yang disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan.


SUMBER KEDUA ( SUMBER SEKUNDER )
  • Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis
  • Ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah
  • Bahan yang telah diolah, dicetak & disebarkan kepada umum
  • CONTOH - buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah & laporan tahunan jabatan

KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH

KAEDAH LISAN
  • Maklumat diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan, pengisahan dan perbualan
  • Dipengaruhi oleh unsur tokok tambah, dongeng, mitos & lagenda.
  • Sejarawan akan memilih, mentafsir & mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat
  • Penggunaan peralatan seperti televisyen, pita video, cakera padat, radio & pita rekaman mempengaruhi kaedah mendapatkan sumber sejarah.
  • Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pandang dengar.
KAEDAH BERTULIS
  • Mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar, dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading & kertas.
  • Sumber-sumber yang ditulis & dilakar ini membantu sejarawan memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan & adat resam.
KAEDAH ARKEOLOGI
  • Kaedah arkeologi ialah cara mendapatkan maklumat berdasarkan  kajian saintifik.
  • Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuklah angkasa lepas, maritim, dan gali cari.
  • Kaedah saintifik mendapatkan ketepatan usia bahan tinggalan sejarah.
  • PENTARIKHAN RADIO KARBON ~ Hasil kajian sejarawan dapat membuat tafsiran tentang budaya masyarakat.

PENTAFSIRAN SEJARAH
  • Menjadikan sesuatu peristiwa bermakna, berfaedah atau sebaliknya.
  • Sejarawan perlu jujur dan bertanggungjawab dalam penyelidikan supaya masyarakat menerima maklumat yang benar.
  • Tafsiran sejarah berbeza antara sejarawan

KEPENTINGAN SEJARAH 

TUJUAN MEMPELAJARI SEJARAH
  • Menghargai jasa tokoh dan pemimpin negara.
  • Memperoleh banyak pengetahuan
  • Memahami sejarah tamadun awal bangsa
  • Mengajar sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan yang sama

FAEDAH MEMPELAJARI SEJARAH
  • Sebagai penduan dan iktibar
  • Menjadi peransang kemajuan negara
  • Memupuk semangat patriotisme 

KUMUPULAN 6:
- CONNIE SYLVIANIE
- SHIRLEY WONG
- IZZATUL HABIBAH
- NURUL AQIEDAH
- NOOR SYAZWANI