PENGERTIAN SEJARAH
~ Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok. Syajaratun juga bermaksud salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul.PENDAPAT SEJARAWAN
Ibn Khaldun
Herodotus
Muhd.Yusof Ibrahim
CIRI-CIRI SEJARAH
FAKTA YANG TEPAT DAN BENAR
- Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih
- Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah
- Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.
PENTING DAN BERMAKNA
- Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah
- Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat masyarakat dan negara
- Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya
- Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang
- Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga mengandungi maklumat penting tentang perkahwinan seseorang Majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Pekerja adalah untuk menghargai guru dan pekerja
- Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau sebab dan akibat Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
- apa
- siapa
- bila
- di mana
- mengapa
- bagaimana peristiwa itu berlaku
SUMBER SEJARAH
PENGENALAN SUMBER SEJARAH
- Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah.
- Sumber sejarah memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa
SUMBER PERTAMA ( SUMBER PRIMER )
- FOSIL :- Tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman langkau.
- ARTIFAK :- Bahan tinggalan manusia seperti pinggan, mangkok dan senjata.
- MANUSKRIP :- Naskah tulisan tangan atau bahan yang disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan.
SUMBER KEDUA ( SUMBER SEKUNDER )
- Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis
- Ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah
- Bahan yang telah diolah, dicetak & disebarkan kepada umum
- CONTOH - buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah & laporan tahunan jabatan
KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH
KAEDAH LISAN
- Maklumat diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan, pengisahan dan perbualan
- Dipengaruhi oleh unsur tokok tambah, dongeng, mitos & lagenda.
- Sejarawan akan memilih, mentafsir & mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat
- Penggunaan peralatan seperti televisyen, pita video, cakera padat, radio & pita rekaman mempengaruhi kaedah mendapatkan sumber sejarah.
- Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pandang dengar.
- Mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar, dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading & kertas.
- Sumber-sumber yang ditulis & dilakar ini membantu sejarawan memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan & adat resam.
- Kaedah arkeologi ialah cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik.
- Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuklah angkasa lepas, maritim, dan gali cari.
- Kaedah saintifik mendapatkan ketepatan usia bahan tinggalan sejarah.
- PENTARIKHAN RADIO KARBON ~ Hasil kajian sejarawan dapat membuat tafsiran tentang budaya masyarakat.
PENTAFSIRAN SEJARAH
- Menjadikan sesuatu peristiwa bermakna, berfaedah atau sebaliknya.
- Sejarawan perlu jujur dan bertanggungjawab dalam penyelidikan supaya masyarakat menerima maklumat yang benar.
- Tafsiran sejarah berbeza antara sejarawan
KEPENTINGAN SEJARAH
TUJUAN MEMPELAJARI SEJARAH
- Menghargai jasa tokoh dan pemimpin negara.
- Memperoleh banyak pengetahuan
- Memahami sejarah tamadun awal bangsa
- Mengajar sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan yang sama
FAEDAH MEMPELAJARI SEJARAH
- Sebagai penduan dan iktibar
- Menjadi peransang kemajuan negara
- Memupuk semangat patriotisme
KUMUPULAN 6:
- CONNIE SYLVIANIE
- SHIRLEY WONG
- SHIRLEY WONG
- IZZATUL HABIBAH
- NURUL AQIEDAH
- NOOR SYAZWANI
Tahniah, tahniah & tahniah 1UMS..Teruskan usaha anda..
ReplyDelete