Wednesday, 3 August 2011

BAB 2 - Zaman Prasejarah Di Malaysia

(1)  Pengenalan tentang zaman prasejarah
 
   1.     Zaman Prasejarah dibahagikan
  •  Zaman Paleolitik 
  •  Zaman Mesolitik 
  •  Zaman Neolitik
  •  Zaman Logam.
2.     Tempoh masa setiap zaman beza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.

3.     Perbezaan zaman bergantung kepada kemajuan tempat tersebut.

4.     Zaman Prasejarah di Malaysia
  •  Zaman Paleolitik,
  •  Zaman  Neolitik 
  •  Zaman Logam.
5.     Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik

6.     Penyelidikan terdahulu – selepas Zaman Paleolitik, kita mengalami Mesolitik bercirikan alat batu  Hoabinh di Vietnam.

7.     Alat batu bercirikan alat batu Hoabinh di Bukit Jawa, Lenggong  ialah alat batu Zaman Paleolitik.

8.     Zaman Logam terbahagi :
  • Zaman Gangsa
  • Zaman Besi
(2)   Zaman Paleolitik

a)    Ciri-ciri penempatan.

1.     Hidup berpindah-randah (nomad).

2.     Tempat tinggal ialah
  • di kawasan terbuka (luar gua)
  • dalam gua  
  • sekitar tasik.
b)    Kegiatan dan peralatan.

1.     Buru binatang liar.

2.     Pungut hasil hutan

3.     Hidup sara diri.

4.     Guna alat batu yang kasar untuk  memotong daging dan menetak pokok.

5.     Alat batu penetak – utk meraut & memotong.

c)     Kepercayaan.

1.     Animisme – percaya benda seperti batu mempunyai semangat

2.     upacara perkuburan.

3.    Mayat  dikebumikan bersama barang-barang

4.     Manusia Perak dikebumikan kaki berlipat.

d)    Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia.

1.     Di Perak – Bukit Jawa, Kota Tampan dan Bukit Bunuh di Lenggong,.

2.     Di Sarawak – Gua Niah

3.     Di Sabah – Tingkayu

e)     Penemuan zaman Paleolitik di Malaysia.

1.     Di Kota Tampan – disahkan melalui pentarikhan saintifik dan menandakan Malaysia antara negara terawal mengalami Zaman Prasejarah Dunia.

2.     Gua Niah – kegiatan penggalian dilakukan.

3.     Gua Gunung Runtuh – ditemui manusia Perak

(3)   Zaman Neolitik

a)    Ciri-ciri penempatan.

1.     Menetap di dalam gua /hamper dgn sungai.

2.     Wujud sistem bermasyarakat – mempunyai ketua
dan  pembahagian kerja.

b)    Kegiatan dan peralatan.

1.     Cipta alat tembikar seperti periuk

2.     Bercucuk tanam.

3.     Tangkap ikan.

4.     Ternak binatang.

5.     Berburu

6.     Pungut hasil hutan.

7.     Berdagang secara tukar barang.

8.     Guna alat batu tetapi lebih kemas buatannya

9.     Cipta barang kemas seperti  kalung,  anting-anting

c)    Kepercayaan.

1.     Mengamalkan kepercayaan animisme

d)    Petempatan  zaman Neolitik di Malaysia.

1.     Di Kelantan – Gua Cha

2.     Di Sabah – Bukit Tengkorak

e)     Penemuan zaman Neolitik di Malaysia.

1.     Gua Cha, Kelantan – ditemui pengebumian manusia

2.     Bukit Tengkorak, Sabah 

3.     Gua Harimau, Perak – ditemui artifak tembikar.


(4)   Zaman Logam

a)    Ciri-ciri penempatan.

1.     tinggal menetap

2.    ada masih tinggal di dalam gua

3.    ada  tinggal berhampiran sungai.

b)    Kegiatan dan peralatan.

1.     alat logam daripada gangsa dan besi.

2.     bercucuk tanam.

3.     Tangkap ikan.

4.     ternak binatang.

5.     Berburu.

6.     Perdagangan tukar barang.

c)     Kepercayaan.

1.     Kepercayaan dan pegangan hidup tertentu.

2.     Pengebumian menggunakan kepingan batu.

d)    Petempatan  zaman Logam di Malaysia.

1.     Di Pahang – Sungai Tembeling
 
e)     Penemuan zaman Logam di Malaysia.

1.     Sg Tembeling, Pahang – dijumpai kapak dan mata lembing

2.     Lembah Bernam, Selangor – ditemui sabit.

3.     Klang, Selangor – ditemui pisau.

4.     Gua Harimau,Perak–kapak gangsa & acuannya

5.     Raub, Pahang – dijumpai tulang mawas.

(5)  Rumusan

1. Penemuan di Bukit Jawa buktikan zaman prasejarah di Malaysia bermula  200000 – 300000 tahun dahulu.

2.  Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak.

3. Harus contohi kegigihan dan semangat berusaha

 4. Harus jadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang luar.



No.kumpulan - 5 


- Nadia 
- Jacqualine
- Rozabelle 
- Amanda 
- Belynnda  

Wednesday, 13 April 2011

BAB 1: SEJARAH DAN KITA

PENGERTIAN SEJARAH
~ Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok. Syajaratun juga bermaksud salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul.

PENDAPAT SEJARAWAN


                                                        Ibn Khaldun


Herodotus




                                                     Muhd.Yusof Ibrahim




CIRI-CIRI SEJARAH



FAKTA YANG TEPAT DAN BENAR 


  • Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih
  • Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah
  • Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.


PENTING DAN BERMAKNA

  • Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah
  • Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat masyarakat dan negara
  • Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya
  • Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang
  • Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga mengandungi maklumat penting tentang perkahwinan seseorang Majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Pekerja adalah untuk menghargai guru dan pekerja
SEBAB DAN AKIBAT 
  • Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau sebab dan akibat Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
  • apa
  • siapa
  • bila
  • di mana
  • mengapa
  • bagaimana peristiwa itu berlaku

SUMBER SEJARAH

PENGENALAN SUMBER SEJARAH
  • Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah.
  • Sumber sejarah memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa 

SUMBER PERTAMA ( SUMBER PRIMER )


  • FOSIL :- Tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman langkau.
  • ARTIFAK :- Bahan tinggalan manusia seperti pinggan, mangkok dan senjata.
  • MANUSKRIP :- Naskah tulisan tangan atau bahan yang disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan.


SUMBER KEDUA ( SUMBER SEKUNDER )
  • Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis
  • Ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah
  • Bahan yang telah diolah, dicetak & disebarkan kepada umum
  • CONTOH - buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah & laporan tahunan jabatan

KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH

KAEDAH LISAN
  • Maklumat diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan, pengisahan dan perbualan
  • Dipengaruhi oleh unsur tokok tambah, dongeng, mitos & lagenda.
  • Sejarawan akan memilih, mentafsir & mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat
  • Penggunaan peralatan seperti televisyen, pita video, cakera padat, radio & pita rekaman mempengaruhi kaedah mendapatkan sumber sejarah.
  • Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pandang dengar.
KAEDAH BERTULIS
  • Mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar, dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading & kertas.
  • Sumber-sumber yang ditulis & dilakar ini membantu sejarawan memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan & adat resam.
KAEDAH ARKEOLOGI
  • Kaedah arkeologi ialah cara mendapatkan maklumat berdasarkan  kajian saintifik.
  • Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuklah angkasa lepas, maritim, dan gali cari.
  • Kaedah saintifik mendapatkan ketepatan usia bahan tinggalan sejarah.
  • PENTARIKHAN RADIO KARBON ~ Hasil kajian sejarawan dapat membuat tafsiran tentang budaya masyarakat.

PENTAFSIRAN SEJARAH
  • Menjadikan sesuatu peristiwa bermakna, berfaedah atau sebaliknya.
  • Sejarawan perlu jujur dan bertanggungjawab dalam penyelidikan supaya masyarakat menerima maklumat yang benar.
  • Tafsiran sejarah berbeza antara sejarawan

KEPENTINGAN SEJARAH 

TUJUAN MEMPELAJARI SEJARAH
  • Menghargai jasa tokoh dan pemimpin negara.
  • Memperoleh banyak pengetahuan
  • Memahami sejarah tamadun awal bangsa
  • Mengajar sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan yang sama

FAEDAH MEMPELAJARI SEJARAH
  • Sebagai penduan dan iktibar
  • Menjadi peransang kemajuan negara
  • Memupuk semangat patriotisme 

KUMUPULAN 6:
- CONNIE SYLVIANIE
- SHIRLEY WONG
- IZZATUL HABIBAH
- NURUL AQIEDAH
- NOOR SYAZWANI